Monday, 2 January 2012

KESAN SELEPAS BEKAM


Pesakit ni kali pertama dibekam,kelihatan kesan bekam lebam ini bermakna dlm bdn dia masih banyak lagi darah kotor dan toksid. Ni kene buat ulangan lagi seminggu kemudian.
Pesakit ni pula kesan lebam kemerah-merahan menandakan byk darah kotor dan angin dalam badan. Kene buat ulangan lagi jugak seminggu kemudian nanti...
Pesakit ni dah kali ke-3 datang buat bekam,tengok betul2 hasilnya selepas berbekam...Tiada lagi kesan lebam ke, biru ke, merah ke...semua nampak bersih aje... Menandakan pesakit ni dah sihat,darah kotor dia semua dah sedut habis selepas 3 minggu berturut-turut buat bekam. Lepas ni just buat bekam 3 bulan sekali ke, 6 bulan sekali ke, atau setahun sekali pon boleh. Ikut suke la,sendiri punyer badan... Agak2 perlu dtg jer bekam...

Kebaikan Berbekam

1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.